NUFFNANG
Time Machine
Credits
![]() Basecodes by Aqila Farah Owner by Aira Fakhira Other Help: ♥ ♥ |
Bukti Rasulullah Mencintai Umatnya…
0 Twinkle[s] | Scroll up
Cintailah Rasulullah, Kerana baginda sangat menyangi kita…
Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda: “Orang yang pertama dibangkitkan dari
kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W. Jibril a.s akan datang kepadanya membawa
seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa
pakaian-pakaian syurga. Izrafil bersuara: “ Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh
yang baik Maka, kubur berbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula
terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW
telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW
melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW
menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Baginda SAW bersabda: “ Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!
“ Jibril as berkata: “ Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda SAW
bersabda: “ Bukan seperti pertanyaanku.” Jibril as berkata: “ Adakah kamu tidak
melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan
iti maksud pertanyaanku.” Baginda SAW bersabda: “Aku bertanya kepadamu akan
UMATKU. Di mana perjanjian mereka? Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari
ini. Aku akan mensyafaatkan UMATKU.” Jibril as menyeru: “Wahai sekalian
makhluk,datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh
Allah taala.” Umat-umat datang di salam satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi
Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana UMATKU?” Jibrail
as berkata: “ Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi
Isa as datang, Jibril as menyeru: “Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as
menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: “
mengapa kamu berdua menangis?” Jibrail as berkata:”Bagaimana keadaan
umatmu,Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di Mana UMATKU?” Jibril as berkata:”Mereka
semua telah datang.Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW
menangis lalu bertanya. Wahai Jibril! Bagaimana keadaan Umatku yang berbuat
dosa?” Jibril as berkata:”Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!” Nabi Muhammad SAW
bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas
belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Nabi Muhammad SAW bersabda:”Wahai
Umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui
sesuatau yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?” Jibril as berkata:”Mereka
adalah sebaik umat.” Allah Taala berfirman:”Wahai jibril! Katakanlah kepada
kekasihku Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di
hadapanku.” Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata:”Wahai
Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.” Nabi
Muhammad SAW berpaling kea rah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah
dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” “Sesungguhnya kamu telah
dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” Allah Taala berfirman:”Hari
ini, kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari
ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiku, dan, aku akan mengazab
sesiapa yang menderhaka terhadapKu.
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW
menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku…! Aku tidak meminta untuk diriku.
Sesungguhnya aku meminta untuk UMATKU dariMU!” Ketika itu juga, neraka Jahanam
berseru: “Siapakah yang member syafaat kepada umatnya?” Neraka pula berseru: “Wahai
Tuhanku… Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan Umatnya dari
seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan
azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar
dengan penyeksaan.” Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah
hilang dan kering dari pipinya.Sekali, baginda SAW bersujud di hadapan Arsy
Allah SWT dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk member syafaat bagi UMATNYA.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka
berkata: “ Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu
mengambil berat, hal keadaan umatnya. Fatimah ra. Bertanya: “Di mana aku hendak
mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?” Baginda SAW menjawab: “ Kamu
akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum UMATKU.” Tatkala
umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan
syafaat pada hari kiamat. Mariam,Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang
duduk. Ketika mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi
Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.” Suara Meriam, telah
didengari oleh Nabi Muhammad SAW. Nabi Adam as berkata kepada nabi Muhammad
SAW: “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta
syafaat kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “
Marilah kepadaku, wahai UMATKU! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku.
Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah
Taala untukmu!” Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. Ketika di atas
sirat. Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan
kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga
mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu,”
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat
seorang dari umatnya bergayut di atas sirat, baginda SAW akan menarik tangannya
dan membangunkan dia kembali. Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan Selamatkan
mereka! Tuhan! Selamatkan Mereka!
P/s: Sayangnya Nabi Kepada Kita…╰╯╭╮╰╯
|