Home Owner Sites Stuff NEWER OLDER Updates
NUFFNANG
Time Machine
Credits


Template by Putri Z
Basecodes by Aqila Farah
Owner by Aira Fakhira
Other Help:

About my LOVE ❤

0 Twinkle[s] | Scroll up

Assalamualaikum, ini dulu punya al-kisah aira tak tahu nak story pasal apa, so aira termenung tup-tup keluar mentol dekat atas kepala, kononnya dapat idea lah ni, hahaha. So, aira rasa macam nak tulis je dekat diari aira ni, so now dah tulis dah pun. And now did you see, owkey good. Nak tahu tak jalan ceritanya? if nak tahu meyh sini aira bercerita, this is true story tak ada rekaan semata-mata. So, i like teddy dumiku, oke tade kaitan. haha

Dulu aira ada cinta hati name perlu tahu ke? tak payah arhh Mr.S erkk. So biasa arhh cinta pertama, seriusly aira sayang dia sangat-sangat siapa yang tak sayang pakwe sendirikan. Then, dia satu sekolah, satu kelas dengan aira bagus tak. Bila aira gaduh dengan mula lah dia perli aira, cakap kuat-kuat lah, Mr.s selalu bagi aira pelbagai tengok hari-hari birhtday aira, coz boleh dikatakan hari-harilah dia bagi hadiah. then, dia suruh aira tuisyen dengan dia. Bila aira balik lambat mesti dia tengok dari jauh, macam aira tak tahu je yang dia dok usya-usya aira. Bila aira balik, baru dia balik. yang tak boleh bla nya aira tegur kawan aira sebab dia nangis aira tanyalah dekat dia kenapa ni lepas tu kawan aira tu cakaplah "aku sakit jantung." tak tahulah pulak yang dia dengar perbualan kami, lepas tu dia menyampuk "aku sakit hati tak nangis pun." aira gelak je time tu. Oneday tu, aira pergi kantin selalu nampaklah dia dengan kawan baik dia dok makan tak pun sembang-sembangkan. Tapi tak ada time tu, aira rasa macam mushkil lah sebab perut dia besar macam gajah lapar je memanjang. Lepas tu aira beli 2 sosej, so kononnya satu untuk dia, satu untuk aira, kononya romentik arhh, tapi itu kononnya. Pernah tengok tak dekat sekolahkan ada macam tempat tangki tapi dekat sekolah aira tangki tu dia buat macam bentuk bilik, lepas tu aira jalan nampak mereka berdua disebalik dinding tu, oke berdua maksudnya si gadis. Nak tahu tak macam mana aira boleh nampak sebalik,baliknya sebab aira masuk ikut pintu belakang, lepas tu aira buang sosej tu dalam tong sampah, tong sampah tu kelihatan lapar bagilah dia makan. kita orang tak pernah cakap dekat sekolah, bukannya tak pernah kami akan bercakap bila perlu je. Tapi nak dating2 ni tak. Lepas tu, dia meseg dia cakap yang dia tolong perempuan tu,sebab perempuan tu couple dengan kawan dialah,apalah,bla,bla lah. Then, kesalahan sekali boleh dimaafkan lepas tu kali kedua masa tu time balik, tetibe pulaks dah yang umi aira lambat ambil lepas tu aira masuk toilet, keluar dari toilet nahh! nampak dengan perempuan yang sama siap pegang tangan lagi tu, eh! dia tak nampak ke aira dekat belakang dia tengah menganjing, lepas tu kawan aira dari arah hadapan mereka tegur cakap yang aira tengok mereka lepas tu, mereka barulah nak belakon dok jauh-jauh, weyh! lakonan kome dah buat aku mencirit arhh!! dah balik rumah memang aira cakap putus then off Fon.

Tipu lah kalau aira tak sedih, ceh!bukan setakat sedih menangis terus banjir satu rumah, rumah jiran pun dah sampai dah. Then, aira mula think yang aira macam dipermainkan, ayat manis, bagi itu dan ini, buat aira bahagia dan akhirnya berakhir dengan macam ni, aira macam ape jer. Mulalah aira berdendam dan mula dari itulah bermulanya lah al-kisah si playgirl yang tengah bermain di playground. Faham tak? aira pun tak faham sebenanya,kuang2. Then, setiap kali lelaki mintak couple menerima sahaja semuanya, sebab ada ke tak ada ke perkataan single tetap ada. haha, tak pernah keluar perkataan taken pun. Kuang2, then aira asyik mintak topup yang laki tu pun bagang pergi bagi, haha padahal aira bukan meseg dia pun, meseg dia punya madu arhh. Lepas tu aira hanya couple paling lama dalam sebulanlah, paling kejap seminggu, tak pun dua hari je, kadang-kadang ada yang macam petang couple malam putus sebab aira bosan dengan cara dia, kihkih. Paling banyak aira simpan 5orang arhh, paling sikit dalam 2orang je. Bila mereka cakap still sayang aira then nak get back dengan aira, mulalah aira bagi seribu,sejuta alasan yang menyebabkan yang aira dengan dia putus.kuang2. Pernah jugak kantoi tapi laki tu baik sangat dia tak marah pun, dia just mintak putus je, aira pun ok je lah. Lepas tu,aira main dengan sedara aira dekat belakang rumah aira je, jalan-jalan naik basikal tup-tup rantai basikal jatuh dan time tu aira nampak seorang lelaki sedang membasuh basikal dihadapan rumahnya, mula-mula terpegun tapi sombong aira pun menyombong jugaks, lepas tu aira baru belajar naik motor aira pun merayap lepas tu nampak mamat ni lagi lepak dekat luar, tengah pegang baby, ku sangka anak tapi adik,hihi aira sempat juga pandang muka mamat tu, aira senyum boleh pula dia menjeling, eeyy! nak je korek-korek biji mata tu. Lepas tu, aira balik sekolah pukul 6.40 almaklumlah rumah dengan sekolah dekat je, lepas tu aira jalan kaki then mamat ni lalu sebelah bila dah kehadapan jerit kuat-kuat nak tumpang, agak lah dah lah bawak basikal nak tumpang, lepas tu dok kayuh terus kehadapan macam mana nak bagi jawapan. Then kali kedua, dia bawak basikal lain arah, aira belok mamat tu terus lepas tu mamat tu cakap lagi nak tumpang padahal kaki mengayuh eh! tak faham betullah maksud mamat tu, perli ke apa ni. Tapi nampak lah yang dia memberi senyuman manis dekat aira, sumpah cair.. =D

bermulalah al-kisah aira mengangau malam-malam, serius sangat asyik terbayang face dia yang senyum tu, aduh! kali ni aira pelik dengan lelaki lain perasaan macam ni tak ada pun, tak sampai masuk mimpi pun pasai pa, mamat ni masuk dalam mimpi aku pula, then aira mulalah nak mengenali dia lebih dekat. Lepas tu, time raya tau aira naik motor dia naik basikal aira suruh kawan aira mintak nombor dekat dia, tup-tup dapat, yess! lepas tu aira pun mulalah fall in love dengan dia, seriusly, aira hanya layan dia je bila dia meseg aira, yang laki-laki lain semua aira buat don't know. Tiba-tiba dia mintak couple serius nak terima tapi time tu aira tengah ada 5orang dalam poket, seriusly hati aira berat nak permainkan perasaan dia. Aira tanya dia macam-macam nak jadi polis lah katekan, haha. Lepas tu, dia mulalah emo, lepas tu dia senyap aira putus dengan semua lelaki yang aira ada, aira call dia gf dia yang jawab "nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi" hehe, aira meseg dia, tapi tak berjawab, lepas tu aira lalu depan rumah dia macam kosong-kosong, segala kata cacian yang telah engkau berikan semuanya kosong-kosong, ceahh! siap dengan rentak irama lagi kome nyanyi lagu najwa yew, lepas tu hati aira mulalah pakse aira untuk mencari dia, selepas pemergian dia aira aisyik fikirkan dia, sehinggalah aira suruh abang aira tolong buatkan facebook, seriusly aira harap sangat dekat facebook aira akan jumpa dia. then 3tahun baru jumpa, woo,lama tu.

seriusly, selepas pemergian dia hanya ada dalam 6orang aira couple selepas tu tapi tak lama pun dua hari paling lama seminggu arhh, lepas tu aira terus putus sebab kepala otak ni selain dari fikir pasal belajar asyik terbayangkan mamat tu je, then tak sangka pula aira jumpa mamat tu dekat facebook seperti diharapkan aira,akhirnya aira couple dengan Mr.H tu, lamalah jugak dalam 1tahun 4bulan 5hari, lepas tu aira buat hal lepas tu putus, lepas tu aira nak get back lepas tu dia tak nak sehingga hari ni, cerita tak banyak sebab sebelum-sebelum niyh dah banyak cerita pasal Mr.H ni. haha. so,sekarang ni penamatan tak tahu. tergendala, sebentar haha.

P/s: Bila pertama kali awak hadir dalam hidup saya, saya bahagia sangat. Awaklah lelaki yang telah membuka pintu hati saya yang telah lama hilang kuncinya. Dulu kuncinya telah saya buang jauh sangat sejauh yang boleh tapi awak telah dapat kuncinya. Dan saya tidak menjaga awak elok-elok, inilah akibatnya untuk saya. Menangis dalam kesepian. Awak kalau berhentinya nafas saya, saya tak nak awak ada di tanah perkuburan tu, sebab saya tak nak melihat awak buat kali terakhir, saya nak awak tetap pertama kali saya jumpa, sebab saya tahu terakhir itu wajah awak yang sedih saya tak sanggup tengok biarlah saya dapat melihat wajah awak yang tersenyum bahagia masa pertama kali kita berjumpa. =')