Home Owner Sites Stuff NEWER OLDER Updates
NUFFNANG
Time Machine
Credits


Template by Putri Z
Basecodes by Aqila Farah
Owner by Aira Fakhira
Other Help:

Macam tahu-tahu jer... ^_^

0 Twinkle[s] | Scroll up


Assalammualaikum, Hey2 *lambai tangan aira here.. hehehe.. owkey now aira bercerita sikit pasal aira pergi ambil lesen. petang tadi punya cita. 12/6.2014. So, mai aira kenal kan dulu dalam pic tu. Mula dari kiri (Aira,Nana,Sarah.) owkey set dah kenalkan, jom kita berborak kejap bersama aira. Banyakkan bersabar kerana jalan ceritanya agak membusankan sikit.. hehe..

Masa tu pukul 6 pagi aira bangun, awal tak excited terlebih,hehe.. tak ade lah nak solat jer, bangun awal so bila dah bangun tak boleh tidurkan. So, aira berjaga jelah sampai pukul 7.30 lepas tu aira berpozing dalam bilik. Ayah pula memekik dekat bawah suruh turun nanti cina tu mencari pula. Aira pun kelam kabut pakai tudung turun bawah, pakai kasut dah bersedia nak ke mini driving. Aira tunggu agent aira sampai, dalam pukul 8.00am macam tu agen aira sampai, lepas tu dalam kereta tu agent aira tu cakap, "apa pasal gagal, tulah kelam kabut lagi." aira pandang slek dekat dia cadang macam nak sound tapi aira menguap jer,nantok.. hehehe..

Sampai jer dekat mini driving tu, aira pergi pejabat masa tu hati tengah gemuruh jiwa tau. Lepas tu aira cari nama, Sesi2 D2/03 Aira ambil kad nombor tu. Lepas tu aira duduk dekat kantin alone, aira kuar kan henset bukak wechat, wechat sarah cakap ada dekat kantin tunggu dia. Lepas tu tunggu punya tunggu kebosanan tiba, aira rasa nak nari-nari,memekak dekat situ sebab bosan yang meninggi. Aira pun bukak youtube dengar lagu2 best from justin bieber lagu beat and the beauty. Lepas tu sarah datang, tunggu lah dekat kantin tu sampai nama nombor aira dipanggil. Lepas tu buat lah pendaftaran nak fly pergi ujian memandu.. Time tengah dalam perjalanan tu, aira betul-betulkan tudung, Lepas tu mata aira memandang ke arah pondok test motor. Allah! hilmi aira ada dekat sana, okey masa tu jantung aira dah tak stabil dup..dap..dup..dap.. aira try relax, duduk dekat celah-celah tempat duduk bersandar kejap, nak relax aira cakap dalam hati dia just teman kawan dia dekat tempat test motor,tengah relax tu dah okey dah lepas tu hilmi tu lalu depan aira, Ya Allah, rasa nak potong jer muka dia letak dekat atas kereta kancil tu geram sangat tau. Jantung aira pun mulalah mainkan lagu hip hop..

Lepas tu aira ajak sarah duduk dekat belakang, supaya mata nakal aira niy boleh usya-usya dia sikit.. hehe.. Selepas tu aira tahu dia duduk depan sikit belah sisi aira, aira usya lah dia walaupun hanya pandangan belakang itu pun sudah cukup untuk aira melepas kan rindu ini padanya. Hati ini selalu ingin merampas dia kembali tetapi aira menasihati hatiku agar mengetahui dia milik Allah. Aira kata dalam hati, "Ya Allah! peliharakan lah hatiku. jangan sampai aku mencuri imannya lagi, tanpa aku sedari. ku mohon sungguh-sungguh ya Allah, kuatkan lah iman ku dan imannya." Lepas tu,time tu otw nak ke kereta kancil aira tenung muka dia puas-puas. "Ya Allah,rindunya aku pada wajah ini." lepas tu aira istighfar, sebab tersasar. Nampak tak perubahan aira yang ketara tu. Lepas tu aira tengok jer dia bawak kereta,tak lepas pandang pun dari dia naik sehingga,kebukit sampai lah dia berhenti aira tak toleh tempat lain pun,sampai sarah pun tegur,pelik sebab aira asyik tengok jer. Lepas tu, dia try buat parking tuppp langgar tiang,lepas tu dia keluar dari situ. "ya Allah, kesiannya dia. Dah gagal, hope dia lulus buat jalan raya." habis dah cerita pasal aira nampak dia, eh ade lagi. Jom ke bawah.

Aira ingatkan dia dah pergi jalan raya, Aira pun pergi lah tempat oder air, sebab sarah dengan nana nak air. Tengah berdiri tu tengok dia ambil air dia, Ya Allah! ade lagi hamba mu ini. Aira pun senyap je lah. Nak tegur tapi fikir dia hak milik orang,lagi pun aira dah cakap yang aira tak akan ganggu hidup dia lagi,kalau itu yang dia nak. Jadi dia yang meminta untuk melepaskan diri, aira memberi ruang untuk dia melepasi dirinya. Nampak tak ayat sastera tu.. hahaha.. Lepas tu, dia pergi dekat ruangan lain, sempat lagi aira usya dia,hehe.. lepas tu aira okey dah, then aira nak pergi ambil makanan, dia boleh lalu depan tu. eyyy! rasa macam nak masukkan jer muka dia dalam kuali makcik tu buat masak goreng-goreng. Bukan apa bila nampak dia jer jantung aira macam shot tau, tu pasai lah aira tak nak. Mungkin cinta aira pada dia belum hilang lagi, sebab tu shot aira niy masih bertenaga,wawawawa.. Lepas tu aira pandang belakang dia tak ada, harh! sudah ghaib..hahaha.. Aira tak ada selera nak makan tapi sarah cakap kalau aira tak makan dia pun tak makan. aira pun makan jelah mee, tu pun tak habis tau. 

Lepas tu nak pergi solat, pergi buat sport chek dulu, lepas tu nak pergi ambil air wuduk dekat toilet, nampak lagi dia, subhanallah, aira pandang bawah jer, buat-buat tak nampak. Lepas tu aira pun solat, habis solat bateri hset habis pergi charge dekat ruangan bilik kuliah tu. Lepas tu, aira jalan bersedia nak ke tempat aira, nampak tau dia dengan kawan dia dekat tempat duduk depan sekali. cehh! kononnye macam aira tak nampak dia, aira pun jalan segak jer..hahahaha.. Padahal tengah cover jantung aira yang nak berlari ke arah dia tu. Penat aira tutup dengan bantal jantung ni supaya tak nampak hilmi tu..wawawawa. Lepas tu baru aira tersedar yang dia dan aira sama-sama pakai baju warna merah.. terbeliak mata kejap.. hehehe.. Then buat hal masing-masing. Lepas tu, dalam pukul 4 lebeh tu time aira untuk test jpj, pulak. Buat dengan penuh yakin ni. Habis jer buat bahagian yang aira gagal tu, Aira pergi jumpa jpj macam mangsa jer. Lepas tu sarah cakap pagawai tu cakap kau gagal. Aira dah buat muka macam orang sakit tenat, takkan nak buat lagi.. Lepas tu pegawai tu tanya, "awak yang mana?" dekat atas meja tu ramai muka mangsa-mangsa jpj, aira pun tunjuk lah muka aira yang macam maya karin tu. Lepas tu, dia bagi aira tengok (LULUS) yahoooo, bergolek-golek aira kegembiraan sebab lulus, akhirnya. lepas tu aira sepak-sepak sarah sebab tipu aira, nasib tak nangis lagi kalau tak habis banjir mini driving tu.hahaha.. Itu sahaja Al-kisahnya. best sangat nampak mr.lose aira tu. Rindu aira terubat..hehehe..

P/s: Akhirnya aku bebas dari menjadi mangsa jpj.. yuhuuuuu #_#